Jumaat, 12 Ogos 2011

LOGO




LOGO YANG PERNAH DIGUNAKAN OLEH JABATAN AMAL MALAYSIA BERMULA
1989 – 2007

logo amal 1  logo amal 2
logo amal 3  logo amal 4 

PENGENALAN




SEJARAH UNIT AMAL
Ianya dicetuskan melalui sebuah panduan kertas kerja induk Lujnah Kebajikan Dan Kemasyarakatan DPP Pusat sessi 1989/91. Kemudian disahkan oleh mesyuarat Jawatankuasa kerja DPP Pusat kali ke 4 pada 1 Julai 1989 dengan digerakkan oleh satu unit penajaan seramai 12 orang  dari Terengganu yang mempunyai pelbagai pengalaman pasukan sukarelawan beruniform. 
Majlis pelancaran Unit Amal (Kebajikan dan Reakreasi) telah diadakan pada 14 hingga 16 Februari 1991 bertempat di pantai peranginan Tok Jembal, Kuala Terengganu yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Unit Amal Pusat dengan kerjasama Unit Amal Terengganu. Pelancaran tersebut telah disempurnakan oleh Tuan Guru Haji Harun Taib (Ahli Majlis Syura Ulama’) AJK PAS Pusat merangkap Pesuruhjaya PAS Negeri Terengganu pada masa itu. Jambori pertama kali ini  telah berjaya mengumpulkan penyertaan seramai 851 anggota Unit Amal dari seluruh negeri. 
cikgu husin
Tuan Hj Hussin Ismail telah dilantik sebagai Ketua Pengarah Unit Amal yang pertama. Pasukan ini kemudiannya diikuti oleh Penubuhan Unit Amal Nisa oleh Dewan Muslimat PAS Pusat.
Bermula dari sinilah penubuhan Unit Amal  di seluruh negeri dan kawasan dipertingkatkan.
Sdr Jamuliddin Ellias telah dipilih sebagai Ketua Pengarah Unit ke 2 bermula 2002-2005.
Berbagai kejayaan telah berjaya dilaksanakan oleh Unit Amal Pusat selama tempoh tersebut terutama dalam memberi khidmat kepada PAS disemua peringkat.
Mulai Julai 2005 Sdr Jamsari Marsom telah dipilih Ketua Pengarah ke 3 menggantikan Sdr Jamuliddin ellias yang telah melebihi umur pemuda. Dibawah YB Salahudin Ayub selaku ketua DPPP satu perubahan drastic dilakukan oleh Unit Amal untuk menumpu engagement dengan masyarakat sesuai dengan misi dan visi baru DPPP.


Bermula Februari 2006, Unit Amal telah dianugerahkan pakaian rasmi (uniform) baru berwarna merah terang yang lebih ceria sesuai dengan citarasa pemuda pada ketika ini. Majlis penyampaian penganugerahan pakaian rasmi ini telah disempurnakan oleh Menteri Besar Kelantan, YAB Dato’ Tuan Guru Hj Nik Abd Aziz Nik Mat  di Perdana Resort, Kota Bharu, Kelantan.

DAFTAR MENJADI ANGGOTA UNIT AMAL MALAYSIA

DAFTAR MENJADI ANGGOTA UNIT AMAL MALAYSIA

Berikut dinyatakan beberapa syarat untuk menjadi seorang anggota Unit Amal Malaysia.
1) Pendaftaran terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia
2) Beragama Islam (tidak kira bangsa)
3) Berumur dari 15 tahun keatas sehingga 60 tahun.
4) Lelaki
5) Setiap permohonan perlu disertakan dengan gambar berukuran pasport dan email kepada uamalpusat@yahoo.com.my
=========================================================
Untuk mendaftar secara online sebagai anggota Unit Amal, sila klik logo dibawah
=========================================================
PAKAIAN RASMI UNIT AMAL
Untuk mendapatkan pakaian rasmi atau pakaian bertugas Unit Amal, boleh hubungi Jabatan Amal Negeri spt berikut :

 
Norazman Ishak (Pengarah Jab.Amal P.Pinang) : 019-5057725
Saripuddin Md Yatim (Pengarah Jab. Amal W.Persekutuan) : 019-3638570
Ust Shaiful Ambia Darusa (Pengarah Jab. Amal Terengganu) : 019-9229158
En Azeez (Pengarah Jab. Amal Sarawak) : 019-8874784
Hj Aszmi Anuar (Pengarah Jab. Amal Selangor) : 019-2568820
Ust. Hafizullah (Pengarah Jab. Amal Sabah) : 019-8608724
Mohd Helmi Hasan (Pengarah Jab. Amal Melaka) : 019-3439034
Mohd Hafiz Musa (Pengarah Jab. Amal Kelantan) : 019-9817327
Ust. Zelani Ni Chik (Pengarah Jab. Amal Kedah) : 013-5191260
Norkhalim Hj Sakib (Pengarah Jab. Amal Johor) : 019-7722300
Zamarulaini Abd Malek (Pengarah Jab. Amal Perak) : 019-5968786
Ust Rosmadi Ramli (Pengarah Jab. Amal Perlis) : 012-4554319
Ust. Rosli Abd Jabar (Pengarah Jab. Amal Pahang) : 019-9392134
Mohd Sufian Hj Ibrahim (Pengarah Jab. Amal N.Sembilan) : 013-3589328