Sabtu, 1 Oktober 2011

60 Tahun: PAS semakin diyakini semua rakyat




PautanTahniah kepada Pas Pulau Pinang yang bertungkus lumus bagi menjayakan majlis ini


Sumber Gambar : Facebook Basri Mdshah


Forum Perdana Sempena Sambutan 60 Tahun Pas





Sumber Gambar : Blog BGM Online

 KONGRES SAMBUTAN 60 TAHUN PAS

Timbalan Presiden sedang berucap di muqaddimah majlis
Ucapan Presiden Pasimbalan Presiden, Hj Mohd Sabu, Tuan Guru Presiden Dato Seri Hj Abd Hadi Awang dan Naib Presiden, Salahuddin Ayyub
Dr. Rani, Pesuruhjaya Selangor, Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man dan Menteri Besar Kedah, Ustaz Azizan
Tak perlulah lagi diperkenalkan lagi
Isteri Al-Marhum Burhanuddin Al-Helmy, Hajjah Suri
Tuan Guru Presiden menyampaikan anugerah Darjah Pahlawan Ummat kepada Hajjah Suri selaku balu kepada Al-Marhum Burhanuddin Al-Helmy
Sajak dideklamasikan khas untuk Al-Marhum Burhanuddin Al-Helmy sejurus sahaja Al-Marhum dikurniakan Darjah Pahlawan Ummat oleh A. Samad Said
Gimmick perasmian Kongres Sambutan 60 Tahun PAS oleh Tuan Guru Presiden
Tak perlulah lagi diperkenalkan lagi
Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Pusat, Ustaz Riduan Mohd Nor dan Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Ustaz Nik Abduh Nik Abd Aziz
ADUN Selat Klang, YB Dr Halimah
Sasterawan Negara Pakatan Rakyat, A. Samad Said
ucapan perasmian penutup oleh Dato Seri Bentara Tuan Guru Mursyidul Am
Antara 5000 hadirin yang memenuhi dewan
Nisa',Gadis-gadis manis ini turut berkawad di luar halaman dewan
Pelapis Unit Amal dari Negeri Pulau Pinang yang diwakili oleh remaja



60 Tahun: PAS semakin diyakini semua rakyat




 Hari ini PAS yang menyambut ulang tahun penubuhan yang ke-60 dan malam tadi berlangsung program Forum Perdana di Dewan Millenium, Kepala Batas, Pulau Pinang. Lokasi Kepala Batas dipilih sempena tempat kelahiran parti Islam ini yang wujud enam dekad lalu. Forum turut dibarisi oleh Ketua Penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man Panel, Naib Presiden PAS YB. Salehuddin Ayob dan Ustad Idris Ahmad.

Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin mengulas perlunya PAS ada satu tokoh yang boleh diterima oleh semua rakyat jika mahu menjadi sebahagian daripada kerajaan pusat kelak.

Menurutnya PAS sudah berada ditahap matang dalam arena politik, namun menurut bekas mufti Perlis itu, parti Islam tersebut perlu melahirkan ikon yang boleh diterima setiap lapisan masyarakat jika ingin terus kekal relevan.Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang kini mengetuai PAS memerlukan tokoh ikon untuk mendapatkan kepercayaan rakyat berbilang kaum, seorang tokoh yang bukan sahaja diterima ahli PAS tetapi orang di luar PAS. Apa yang kita lihat terdapat 60 peratus pengundi yang belum membuat keputusan untuk melonjak dan menengahkan tokoh itu.

“PAS perlu seorang tokoh yang bukan sahaja disebut nama sudah dikenali macam Burhanuddin al-Helmy... hebat, bukan sebut nama orang dah kenal, tapi rakyat juga lihat dia layak untuk jadi perdana menteri,” katanya.

Burhanuddin asalnya tokoh pejuang kebangsaan merupakan pengasas Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) sebelum memimpin Hisbul Muslimin dan kemudiannya PAS.
“Tokoh ikon perlu diwujudkan iaitu kalangan PAS sendiri yang akan membantu PAS bersama Pakatan Rakyat untuk menawan Putrajaya”, katanya.





Hala-tuju politik PAS memerlukan kerangka politik yang baru, kerangka yang lebih besar... kerangka Malaysia bukan kerangka Kelantan. Beliau turut memberi cadangan agar kepimpinan  tertinggi PAS tidak melibatkan diri dalam hal-hal remeh yang boleh diselesaikan di peringkat bawahan.

“Umno bukan piawaian untuk PAS buat perbandingan, PAS perlu berada di tempat lebih tinggi,” katanya. Asri turut menekankan agar kepimpinan PAS terus mempertahankan dasar Islam walaupun dikritik pihak tertentu.

“PAS sudah mencapai usia matang kerana bersedia mendengar pandangan yang berbeza, saya melihat PAS telah berjalan di atas landasan sehingga dunia Islam menyedari tentang kebangkitan Islam.

“Pemimpin-pemimpin dalam PAS perlu terus mempertahankan dasar Islam, PAS perlu realistik dan ketepikan retorik politik, PAS juga perlu bergerak ke hadapan dengan lebih terbuka dan memahami Islam secara meluas,” katanya.

Tambah beliau Pakatan Rakyat agar tidak “melambakkan” idea politik secara terus kepada rakyat, sebaliknya jelas Asri, kaedah terbaik adalah melalui dialog atau perbahasan untuk menjelaskannya kepada rakyat" 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan