"


Sabda
Rasulullah s.a.w yang maksudnya : “ Redha Allah bergantung pada redha
dua ibu bapa, dan murka Allah bergantung pada murka kedua-dua ibu bapa.”
- Riwayat al-Hakim
Politik politik juga, hubungan dengan Allah dan sesama manusia jangan lupa. Rozmal bin Malakan http://waghih.blogspot.com
Dah tak sudi
Harian Metro 10 Jan 2012
JOHOR BAHRU:
Perbuatan tidak berhati perut segelintir anak-anak membuang ibu atau
bapa walaupun ketika ‘nyawa-nyawa ikan’ di wad kecemasan semakin
berleluasa hingga membimbangkan pengurusan hospital.
Pengarah
Hospital Sultanah Aminah (HSA), Dr Rooshaimi Merican A Rahimberkata,
perbuatan tidak bertanggungjawab seumpama itu seolah-olah menjadi
kecenderungan sebagai jalan mudah melepaskan tanggungjawab menyara ibu
bapa yang berusia 60 tahun ke atas.
Beliau
berkata, tidak kurang juga ada anak yang sanggup memalsukan identiti
ibu bapa dengan memberikan maklumat salah bagi mengelakkan pengurusan
hospital mengetahui alamat tempat tinggal.
“Apabila
mereka menghantar ibu bapa yang kritikal ke hospital, dalam keadaan
kecemasan, hospital menjalankan pelbagai usaha termasuk memberi rawatan
sesuai bagi menyelamatkan nyawa warga emas terbabit.
“Ketika
itu, mungkin pengurusan hospital tidak menyedari helah waris pesakit
memberikan maklumat termasuk alamat dan nombor telefon palsu.
“Perkara
itu mengakibatkan pengurusan hospital mengalami kesulitan mengesan
waris dalam usaha membincangkan rawatan kepada pesakit mahupun bagi
melaporkan keadaan kesihatan mereka,” katanya.
Harian
Metro semalam melaporkan ada anak-anak membawa ibu bapa uzur ke wad
kecemasan di mana-mana hospital kerajaan dan kemudiannya dalam kesibukan
pegawai perubatan membuat pemeriksaan dan tanpa mendaftar, anak-anak
akan angkat kaki.
Taktik
itu disokong oleh kenyataan Naib Pengerusi Pusat Jagaan Siti Nor Aini
di Kajang, Dr Abdullah Noel Michael yang mengakui pihaknya menerima 70
warga tua dihantar hospital selepas waris mereka gagal dikesan.
Beliau
turut menganggap trend itu membimbangkan dan walaupun banyak cara
termasuk menghantar surat kepada waris warga tua terbabit, namun tiada
yang membalasnya.
sumber : http://www.tranungkite.net/v11/modules.php?name=News&file=article&sid=11680
Tiada ulasan:
Catat Ulasan